Berhubung Secara Percuma Dengan Skype

Skype adalah sebuah perisian komputer yang membenarkan pengguna membuat panggilan telefon menerusi Internet. Panggilan yang dibuat kepada pengguna Skype yang lain adalah percuma, tetapi panggilan ke telefon rumah atau telefon bimbit akan dikenakan bayaran yuran. Fungsi tambahan lain adalah termasuk teks pesanan (instant messaging), penghantaran dan penerimaan fail (file transfer) dan persidangan video (video conferencing).

Sype telah dicipta oleh perusahaan Niklas Zennström, Janus Friis, dan sepasukan pembangun perisian bertempat di Tallinn, Estonia. Skype Group mempunyai ibu pejabat di Luxembourg, dengan pejabat‐pejabat di London, Tallinn, Tartu, Prague, dan San Jose, California. Skype telah mengalami pertumbuhan pesat dalam penggunaan popular sejak pelancaran perkhidmatannya.

KEPERLUAN SISTEM

1. Komputer yang mengguna system pengoperasian samada Windows 2000, XP atau Vista

2. Sambungan talian Internet (Jalur lebar seperti Streamyx adalah yang terbaik. GPRS tidak menyokong panggilan untuk suara (voice calls))

3. Speaker dan mikrofon

4. Bagi penggunaan panggilan suara dan video, kami mencadangkan komputer yang mempunyai sekurang‐kurangnya 1Ghz processor, 256Mb RAM dan webcam

5. Bagi panggilan Video Berkualiti Tinggi, anda memerlukan webcam dan perisian yang berkualiti tinggi, komputer dual‐core processor dan penyambungan jalur lebar (384 kbps).

Download application Skype di sini dan download langkah installation di sini.

0 comments:

Post a Comment