Cara Install Window XP

Mungkin ramai telah tahu, telah lupa dan tidak tahu cara nak install window xp. Bagi yang telah tahu dan expert tentangnya bolehlah memberi komen jika ada kesilapan.

Format Hard Disk dan install Windows XP ke dalam komputer biasanya dilakukan kerana dua sebab, iaitu:
  1. Anda baru sahaja membeli komputer atau hard disk baru, jadi anda perlu memasukkan OS ke dalamnya.
  2. Windows anda rosak, hang, atau dijangkiti virus. Install kembali Windows XP merupakan jalan terakhir yang terpaksa anda buat suapaya komputer anda kembali berfungsi seperti biasa. Untuk mendapat keputusan yang memuaskan proses format hard disk perlulah dilakukan. Oleh itu sebelum hard disk diformat, anda hendaklah terlebih dahulu mambuat back up pada file atau data yang anda perlukan agar ianya tidak terhapus sewaktu proses format tersebut. Kiranya program window anda berada pada partition C (pada kebiasaannya), transfer file dan data tersebut ke dalam partition hard disk yang lain seperti D, E dan sebagainya (jika banyak partition). Jika hanya ada satu partition saja, anda terpaksa mancari alternatif lain seperti copy ke pen drive (jika file tidak besar) atau copy ke dalam hard disk lain atau dengan menggunakan software untuk membuat partition lain terlebih seperti magic partition.
Untuk memudahkan pembaca ruangan ini mengikuti cara seterusnya bagaimana cara nak install window xp, bolehlah mendapatkannya di sini. Mungkin ianya lebih mudah, hanya download dan print. Juga boleh dikongsi dengan kawan-kawan dan famili, apatah lagi jika komputer yang hendak di format dan di install dengan window xp itu adalah komputer yang sama untuk access internet.

Kiranya adalah kemusykilan dan pertanyaan bolehlah diajukan kepada saya. InsyaAllah, saya akan bantu seadanya.

0 comments:

Post a Comment