Tips Penggunaan Broadband Dan Wifi Adapter


Untuk post kali ini saya akan memberikan tips kepada pengguna pc yang menggunakan wifi adapter atau broadband modem untuk berinternet.

Bagi mendapatkan capai internet yang lebih baik anda tidak digalakkan menggunakan usb port di bahagian hadapan pc anda (extension from mobo). Capaian internet anda akan menjadi perlahan berbanding dengan menggunakan usb port di bahagian belakang (direct mobo).

Speedtest telah saya buat dengan menggunakan beberapa buah pc dan resultnya adalah sama. Wifi adapter atau broadband modem mencapai kelajuan yang lebih jika menggunakan usb port di bahagian belakang.

Ianya berkemungkinan disebabkan voltage yang dihasilkan oleh usb di bahagian hadapan (menggunakan sambungan wayar dari mobo) tidak mecapai 5v untuk membolehkan adapter atau modem berfungsi dengan sempurna.

Semoga tips ini sedikit sebanyak membantu pengguna broadband modem atau wifi adapter.

0 comments:

Post a Comment