Lagu Mereka Yang Rebah













Lirik Lagu Mereka Yang Rebah

Lihatlah sekeliling kita
Betapa saban hari pasti ada saja
Harapan serta bunga bangsa yang rebah

Tak memadai sekadar keluhan
Apatah lagi jelingan serta cemuhan
Yang jatuh dan yang rebah itu
Adalah anak watanmu

Untukkan sedikit masa emasmu
Kerana mereka memerlukanmu
Tersesat mereka di hujung jalan
Marilah bersama memberi bimbingan

Tak daya mengawali diri
Lantaran terlalu menurut kata hati
Mereka bagaikan kehilangan
Pedoman di masa depan






4 comments:

  1. Anonymous says

    lagu yang berkesan di jiwa


    Asta says

    Siapakah bunga bangsa dalam petikan di atas?


    Unknown says

    petikan lagu diatas berkaitan dengan apa?


    Anonymous says

    Penagih/ penagihan dadah


Post a Comment