Jenis-jenis Script Pada Template Blog


Asas kepada template blogger yang kita gunakan dibina dari HTML. Untuk lebih mudah lagi, pada script HTML, terdapat kod pembuka yang berkod seperti ini <center> dan penutup </center>. Di dalam script HTML juga terdapat dua lagi script iaitu CSS dan Javascript.


JavaScript adalah sebuah skrip yang berorientasikan objek bahasa program yang digunakan untuk mengaktifkan akses kepada objek dalam aplikasi klien dan aplikasi lainnya.

CSS adalah singkatan yang bererti Cascading Style Sheet. CSS memungkinkan web designer untuk melampirkan style (font, warna, saiz, margin, dll) ke dokumen HTML.

Contoh kod HTML, CSS dan juga Javascript yang terdapat pada template blog.

                                           Contoh kod HTML
                                                                                           
                                          Contoh kod CSS

                                          Contoh kod Javascript


Teknik asas mengedit script template blogspot.

Jika ingin membuat ubahsuai pada template, contohnya mengubah warna, jenis font, saiz font atau background pada blog, kita hanya perlu menumpukan pada CSS script sahaja tanpa  mengubah kod HTML dan javascript.

Sebelum membuat ubahsuai pada bahagian CSS script, kita perlu memahami beberapa kod asas yang penting.

body { (background pertama)

#header-wrapper { (header blog)

#outer-wrapper { (background ke2)

 #main-wrapper { (bahagian posting)

#sidebar-wrapper { (bahagian sidebar)

Jika ingin mengedit bahagian header blog, contohnya menambah lagi lebar header, kita hanya perlu menumpukan bahagian #header-wrapper sahaja. Apa yang perlu kita lakukan adalah, menambah nilai width pada bahagian #header-wrapper tersebut.

Contoh:

#header-wrapper {
  width:660px;
  margin:0 auto 10px;
  border:1px solid $bordercolor;
  }

0 comments:

Post a Comment