Cara Buat Chat Box



Pada post kali ini, Mbah akan menunjukkan korang bagaimana memasang widget ruangan sembang (chat box).

Mungkin korang perasan, rata-rata blogger menggunakan cbox atau shoutmix pada blog diaorang. Sebenarnya ia kurang sesuai (pada pandangan Mbah) kerana ianya perlu di refresh untuk mendapatkan mesej terkini…. maksudnya tidak live atau real time.

Jadi….Mbah cadangkan agar menggunakan chatango macam yang Mbah gunakan.

Perkara pertama yang harus anda lakukan ialah pergi ke website chatango dengan klik
di sini. Buat pendaftaran(register) dan buat pilihan warna dan saiz mengikut kesukaan dan kesesuaian korang ….. ianya percuma je.

Setelah selesai semuanya, copy tag HTML bagi chat box tersebut dan login ke blog korang dan klik Dashboard => Layout => Add a Gadget (bahagian column tepi) => HTML/JavaScript . Pastekan tag HTML tersebut pada ruangan content dan letakkan title bagi chatt box tersebut. Contohnya ruangan sembang atau borak sakan dan sebagainya mengikut kreativiti anda. Setelah selesai, klik save.

0 comments:

Post a Comment